Skip to main content

Sungai Buloh, 11 Jun 2026 – PERWIRA Super App telah berjaya melaksanakan sesi taklimat dan aktivasi bersama para peserta Kursus Motivasi Jaya Diri Pra Latihan Peralihan Siri 07/2026 bertempat di PERHEBAT, Sungai Buloh.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai fungsi, manfaat dan kemudahan yang ditawarkan melalui PERWIRA Super App sebagai platform digital yang menyokong keperluan Warga Kerja Pertahanan. Sesi taklimat yang dijalankan telah mendapat sambutan positif daripada peserta, sekali gus mencerminkan sokongan yang baik terhadap usaha memperluaskan penggunaan aplikasi ini dalam kalangan komuniti pertahanan.

Selain sesi penerangan, aktivasi turut diceriakan dengan elemen santai seperti sesi pantun dan soal jawab interaktif yang menjadikan suasana program lebih meriah, menarik dan mesra peserta. Pendekatan ini membantu meningkatkan kefahaman serta penglibatan peserta sepanjang sesi berlangsung.

Para peserta juga telah dibimbing secara langsung untuk memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan PERWIRA Super App. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PERWIRA dalam memastikan lebih ramai Warga Kerja Pertahanan mendapat akses kepada maklumat, perkhidmatan dan manfaat digital yang disediakan dalam satu aplikasi.

PERWIRA Super App merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PERHEBAT serta semua peserta atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga PERWIRA Super App terus menjadi platform digital pilihan yang dekat dengan keperluan Warga Kerja Pertahanan.

#PERWIRA #PerwiraSuperApp #aplikasiPerwira #PERNAMANetwork #DigitalUntukWargaKerjaPertahanan #SatuVisiSatuAplikasi