Skip to main content

Pahang, 20 September 2025– Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed telah merasmikan Pengaktifan PERWIRA Super App sempena Karnival CIMIC yang berlangsung di Pengkalan Tentera Udara, Kuantan.


Aplikasi ini berfungsi sebagai pusat sehenti digital yang membolehkan warga pertahanan, komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan ahli keluarga mereka mendapatkan pelbagai maklumat penting, perkhidmatan kebajikan serta kemudahan secara dalam talian dengan lebih mudah dan pantas.

📲 Muat turun sekarang! Di App Store/Google Play/AppGallery dan Sertai Kempen Cabutan Bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah sehingga RM200,000!