
Melaka, 19 Oktober 2025 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, diiringi YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan En. Safdar Khan, Division President Southeast Asia, Mastercard International, menyaksikan pertukaran MoU antara Kementerian Pertahanan Malaysia, diwakili oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, dan PERNAMA Network Sdn. Bhd., diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, bagi pembangunan PERWIRA Super App, aplikasi sehenti untuk komuniti pertahanan negara.
Majlis ini dilaksanakan sempena Majlis Penutupan Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Zon Selatan yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka.
Inisiatif melalui PERWIRA Super App bertujuan memperkukuhkan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa komuniti pertahanan melalui inovasi dan teknologi inklusif.
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun PERWIRA Super App dan menerima 2 tiket cabutan bertuah sehingga 31 Oktober 2025, dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai RM200,000!
