Skip to main content

Sungai Buloh, 23 April 2026 – PERWIRA Super App telah mengadakan sesi taklimat dan aktivasi sempena Kursus Motivasi Jaya Diri Pra Latihan Peralihan Siri 04/2026 di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh.

Sesi ini bertujuan memperkenalkan fungsi, manfaat dan kelebihan PERWIRA Super App sebagai platform digital yang menyokong keperluan harian Warga Kerja Pertahanan, termasuk akses kepada maklumat, kemudahan perkhidmatan digital, pembelian, ganjaran serta manfaat eksklusif.

Para peserta turut diberi penerangan secara langsung berkenaan penggunaan aplikasi, di samping dibimbing untuk memuat turun dan mengaktifkan PERWIRA Super App di lokasi. Sambutan yang positif daripada peserta menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap penggunaan platform digital ini dalam kehidupan harian.

Terima kasih kepada semua peserta Kursus Pra Latihan Peralihan Siri 04/2026 atas komitmen dan sokongan yang diberikan. PERWIRA Super App akan terus komited dalam memperkasa transformasi digital Warga Kerja Pertahanan.