Skip to main content

Majlis Pengenalan PERWIRA Super App di Marina, Putrajaya

Putrajaya, 9 Oktober 2025 โ€“ Majlis perkongsian PERWIRA Super App telah berlangsung dengan jayanya sempena Retreat Integrasi Komunikasi Dalaman MINDEF di Marina Putrajaya, menerima sambutan hangat daripada para peserta. ๐Ÿ™Œ

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada Warga Kerja Pertahanan yang telah mendaftar dan menyokong pelaksanaan aplikasi ini. Diharapkan PERWIRA Super App akan terus menjadi platform yang memudahkan urusan serta memperkukuh kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan Malaysia, ahli keluarga, dan komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada masa akan datang.

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun PERWIRA Super App dan menerima 2 tiket cabutan bertuah bagi pendaftaran dalam empat minggu pertama, dengan peluang memenangi hadiah menarik berjumlah RM200,000!