Skip to main content

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PERHEBAT atas peluang yang diberikan kepada pasukan PERWIRA Super App untuk bersama para peserta Kursus Motivasi Jaya Diri Pra Latihan Peralihan Siri 09/2026 (Bagi Tujuan Persijilan).

Sepanjang sesi ini, para peserta telah diberikan penerangan mengenai fungsi, manfaat dan kemudahan digital yang tersedia dalam PERWIRA Super App, di samping dibimbing untuk memuat turun serta mendaftar aplikasi.

Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Semoga PERWIRA Super App terus menjadi platform digital yang memudahkan urusan harian Warga Pertahanan Malaysia.

📲 Muat turun PERWIRA Super App dan nikmati pelbagai kemudahan dalam satu aplikasi!

#PERWIRA #PERWIRASuperApp #PERHEBAT #PraLatihanPeralihan #WargaPertahanan #TransformasiDigital #SatuVisiSatuAplikasi