Skip to main content

Acara Pembuka Aktivasi PERWIRA 2026 di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh

Sungai Buloh, 6 – 7 Januari 2026 – Acara Pembuka Aktivasi PERWIRA 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Yusof, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh, sekali gus menandakan permulaan rasmi inisiatif PERWIRA bagi tahun 2026.

Sepanjang dua hari penganjuran, para pengunjung telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan fungsi dan kegunaan PERWIRA Super App, termasuk bagaimana aplikasi ini dapat memudahkan akses kepada maklumat, perkhidmatan serta kemudahan digital yang menyokong keperluan harian dan perancangan masa hadapan pengguna.

Reruai PERWIRA turut menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran komuniti yang aktif berinteraksi, pendaftaran baharu PERWIRA Super App, serta penyertaan ramai pengunjung dalam mini cabutan bertuah yang dianjurkan. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana acara, malah mengukuhkan lagi hubungan antara PERWIRA dan komuniti yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga pelatih PERHEBAT atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri taklimat PERWIRA Super App dan memberikan sokongan penuh sepanjang acara berlangsung.

Diharapkan penganjuran Acara Pembuka Aktivasi PERWIRA 2026 ini menjadi pemangkin kepada penggunaan PERWIRA Super App secara lebih meluas, selari dengan usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan digital yang lebih cekap, mudah dan berimpak tinggi.