Skip to main content

1. DEFINASI

1.1 Modul Pendaftaran dan Log Masuk Pengguna
Modul Pendaftaran dan Log Masuk Pengguna memastikan pengalaman permulaan aplikasi yang lancar, selamat dan mesra pengguna. Pengguna baharu akan dibimbing melalui proses pendaftaran yang intuitif, yang menonjolkan ciri utama aplikasi, modul- modul berkaitan, serta faedah kepada komuniti. Direka untuk mudah diakses dan cekap, proses pendaftan ini merangkumi penciptaan akaun, pengesahan identiti, serta penyesuaian keutamaan pengguna bagi memastikan pengalaman aplikasi disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan individu.

1.2 DOMPET: Hab Kewangan Digital
DOMPET, adalah Hab Kewangan Digital yang komprehensif dan selamat. Hab ini memberi kuasa kepada pengguna untuk mengakses pelbagai instrumen dan sumber kewangan secara lancar. Daripada mengurus akaun peribadi dan membuat bayaran selamat kepada peningkatan pengurusan kewangan. DOMPET berfungsi sebagai ekosistem pusat untuk keperluan kewangan. Ia disesuaikan untuk memenuhi keperluan komuniti dengan penekanan terhadap pemerkasaan kewangan, kemudahan, dan ketenangan fikiran.

1.3 BERITA: Hab Komunikasi & Maklumat Terkini
BERITA ialah hab komunikasi eksklusif dan berprofil tinggi yang direka untuk merapatkan jurang antara Menteri Pertahanan dan pengurusan tertinggi dengan Warga Kerja Pertahanan. Ia memudahkan penyebaran maklumat rasmi seperti pengumuman dan dasar secara tepat dan pantas. BERITA merupakan saluran maklumat komunikasi yang menggalakkan ketelusan, kepercayaan, dan hubungan institusi yang kukuh — memastikan maklumat penting sampai kepada komuniti, boleh dipercayai.

1.4 MALL: Hab Pembelian Atas Talian
Hab Pembelian Atas Talian eksklusif, MALL, menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan berkualiti daripada PERNAMA dan peniaga yang dipercayai pada harga kompetitif dan diskaun khas. Direka untuk kemudahan pengguna, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar merangkumi keperluan asas dan barangan khas. Dengan promosi berorientasikan nilai dan sokongan terhadap peniaga terpilih, MALL mengukuhkan kuasa beli komuniti serta menyokong perdagangan digital yang mampan.

1.5 BONUS: Hab Ganjaran & Kesetiaan
BONUS direkacipta untuk menghargai penglibatan pengguna dalam ekosistem aplikasi. Pengguna boleh memperoleh mata ganjaran, lencana dan keistimewaan eksklusif melalui aktiviti seperti transaksi, penyempurnaan latihan, pencapaian kesihatan, dan interaksi komuniti. Kemajuan ganjaran boleh dijejaki melalui papan pemuka peribadi, dan mata boleh ditebus untuk diskaun, produk, atau perkhidmatan khas dalam MALL. Tahap keahlian berperingkat turut menawarkan insentif tambahan bagi penglibatan dan kesetiaan yang berterusan.

1.6 AKADEMI: Hab Pebelajaran Digital
AKADEMI menawarkan persekitaran pembelajaran digital dinamik yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional. Dengan akses fleksibel dan atas permintaan kepada modul latihan, video pengajaran dan sumber pendidikan, hab ini memperkasakan pengguna — khususnya veteran yang bersedia untuk persaraan — dengan ilmu pengetahuan merentasi pelbagai bidang. Tidak ketinggalan, pelajar dan kanak-kanak juga dapat memanfaatkan kandungan interaktif serta bahan pembelajaran kreatif yang membantu meningkatkan prestasi akademik dan membina asas pengetahuan kukuh. Sama ada untuk peningkatan kemahiran, kepimpinan, pembangunan peribadi, atau pendidikan anak-anak, AKADEMI memupuk budaya pembelajaran berterusan.

1.7 KASIH: Hab Kesihatan & Kesejahteraan
KASIH merupakan hab yang menumpukan secara holistik kepada kesihatan fizikal, mental, dan emosi. Hab ini menawarkan alat pemantauan kesihatan, program kecergasan, panduan peribadi, sumber kesihatan mental dan tip gaya hidup. KASIH juga menggabungkan kemudahan saringan kesihatan dengan teknologi kecerdasan buatan (A.I.), yang diiktiraf, yang mampu memberikan keputusan serta merta. Dengan integrasi fasiliti kesihatan ketenteraan dan ciri penjejakan kesihatan mesra pengguna, KASIH menggalakkan pengurusan kesihatan secara proaktif dan menyokong gaya hidup yang seimbang dan sihat untuk Warga Kerja Pertahanan, komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan ahli keluarga.

2. SOALAN AM

2.1 PENDAFTARAN & LOG MASUK

Bagaimana saya mendaftar sebagai pengguna baru?

Muat turun aplikasi, tekan “Daftar,” dan lengkapkan maklumat anda.

Maklumat apa yang diperlukan untuk mendaftar?

Anda memerlukan:

  • Nama penuh
  • MYKAD atau Kad Tentera (untuk imbas Optical Character Recognition (OCR)) Nombor telefon bimbit
  • Gambar swafoto bersama ID anda
  • Kod rujukan (untuk ahli keluarga sahaja)
  • Status dalam MINDEF
  • Kod OTP dari sistem

Adakah terdapat proses pengesahan selepas pendaftaran?

Ya. Data anda akan disahkan mengikut rekod rasmi sebelum akaun anda diluluskan. Sekiranya lulus / disahkan, anda akan menerima kod OTP untuk pendaftaran.

Apa berlaku jika permohonan saya ditolak atau perlu dihantar semula?

  • Ditolak: Anda boleh memohon semula, silakan pastikan maklumat anda adalah tepat.
  • Hantar semula: Edit dan hantar semula permohonan anda.
  • Dalam proses: Tunggu pengesahan atau hubungi sokongan.

Bagaimana saya log masuk?

Gunakan ID Tentera / Veteran dan maklumat peribadi untuk pengesahan. Log masuk menggunakan kata laluan atau pengesahan biometrik.

2.2 KESELAMATAN & PRIVASI DATA

Adakah PERWIRA Super App selamat?

Ya. Aplikasi ini dilengkapi dengan sistem penyulitan data (encryption) dan dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

2.3 AKSES APLIKASI, TETAPAN & PROFIL

Platform apa yang menyokong PERWIRA Super App?

Tersedia untuk Android, iOS dan Harmony OS.

Apakah keperluan minimum peranti?

  • iOS 16.0 atau ke atas
  • Android 10 atau ke atas
  • Huawei HarmonyOS 2.0 atau ke atas

Bolehkah saya menggunakan akaun yang sama pada pelbagai peranti?

Ya. Akaun anda boleh diakses dari beberapa peranti yang dibenarkan.

Bagaimana saya kemaskini profil dan kata laluan?

Pergi ke bahagian Profil untuk mengemaskini emel, nombor telefon, dan kata laluan anda.

Apa yang perlu saya buat jika terlupa kata laluan?

Gunakan pilihan “Lupa Kata Laluan” dan tetapkan semula melalui emel berdaftar anda.

2.4 NOTIFIKASI & PENYESUAIAN

Adakah saya akan menerima makluman melalui notifikasi push?

Ya. Aktifkan notifikasi dalam tetapan aplikasi.

2.5 KEMAS KINI, PENAMBAHBAIKAN & MAKLUM BALAS

Adakah modul baru akan ditambah dalam kemas kini akan datang?

Ya. Aplikasi akan terus berkembang berdasarkan maklum balas pengguna dan rancangan ciri baharu.

Adakah terdapat panduan pengguna atau video bantuan?

Ya. Tutorial dan panduan langkah demi langkah tersedia dalam aplikasi.

2.6 KHIDMAT PELANGGAN & SOKONGAN TEKNIKAL

Apa yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah teknikal?

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan melalui:
Emel: help@perwira.com.my

Adakah terdapat chatbot atau ejen sokongan secara langsung?

Ya. Chatbot kami tersedia di laman web dan aplikasi untuk membantu anda pada bila-bila masa. Jika masalah anda tidak dapat diselesaikan melalui chatbot, anda boleh meminta untuk disambungkan kepada ejen sokongan langsung pada waktu pejabat.

SOALAN LAZIM PERNAMA SHOP

1. KATEGORI: PEMBELIAN & PRODUK

1.1 AKSES & KELAYAKAN

Siapa yang boleh akses PERNAMA Shop?

Akses adalah eksklusif untuk warga Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) veteran dan tanggungan berdaftar mereka.

1.2 PESANAN & PEMBELIAN

Bagaimana saya boleh membuat pesanan barangan runcit melalui PERNAMA Shop?

Anda boleh layari PERNAMA Shop, pilih barangan dan buat pesanan untuk pengambilan di kedai PERNAMA pilihan anda.

Apakah jenis produk yang ditawarkan oleh PERNAMA Shop dalam aplikasi ini?

PERNAMA Shop menawarkan pelbagai barangan runcit termasuk barangan berbungkus, keperluan rumah dan produk penjagaan diri.

Bolehkah saya menapis produk mengikut keperluan (Contohnya; ubat gigi, mi segera)?

Ya. Penapis lanjutan disediakan untuk pembelian berdasarkan keperluan dan pilihan pengguna.

Bolehkah saya membuat pesanan semula senarai pembelian barangan runcit saya sebelum ini dengan mudah?

Buat masa ini, tidak. Fungsi ini akan disediakan dalam fasa seterusnya.

1.3 PEMBAYARAN & DISKAUN

Apakah kaedah pembayaran yang disokong di PERNAMA Shop?

Bayar di kaunter PERNAMA Shop semasa pengambilan (tiada pembayaran dalam talian untuk Fasa 1).

Adakah terdapat diskaun eksklusif untuk warga MINDEF?

Ya. PERNAMA Shop hanya menawarkan diskaun eksklusif untuk warga MINDEF yang berdaftar dengan De Cart. Jika layak, diskaun akan diberikan semasa pembayaran di kedai PERNAMA.

1.4 PENGAMBILAN PESANAN

Bolehkah saya mengambil pesanan barangan runcit saya di cawangan fizikal PERNAMA?

Ya. Pilih lokasi kedai PERNAMA dan masa pengambilan anda semasa proses Daftar Keluar.

Bolehkah saya menjadualkan pengambilan barangan runcit lebih awal?

Ya. Anda boleh memilih tarikh dan masa pengambilan semasa proses Daftar Keluar untuk lebih mudah.

Adakah terdapat pilihan penghantaran untuk barangan runcit?

Tidak buat masa ini. Pengambilan disediakan di cawangan Kedai PERNAMA terpilih. Pilihan ini akan dipaparkan semasa proses Daftar Keluar.

Bagaimana saya akan menerima notifikasi apabila pesanan saya sedia untuk diambil?

Aplikasi akan menghantar pemberitahuan masa nyata tentang status pesanan anda, termasuk penyediaan dan kesediaan untuk pengambilan.

1.5 RESIT, PEMULANGAN & SEJARAH TRANSAKSI

Adakah saya akan menerima resit atau invois untuk pembelian barangan runcit?

Ya. Resit akan dikeluarkan di Kedai PERNAMA selepas pembayaran.

Bolehkah saya melihat semula pesanan dan sejarah transaksi saya yang lepas?

Ya, aplikasi ini menyimpan rekod lengkap pembelian dan pembayaran barangan runcit untuk rujukan dan pengurusan bajet anda.

Bolehkah saya memulangkan atau menukar barangan runcit sekiranya terdapat masalah?

Kelayakan untuk pemulangan atau pertukaran bergantung pada polisi kedai. Hubungi Kedai PERNAMA untuk Tindakan selanjutnya.

Apa akan jadi jika barangan yang saya pesan tiada dalam stok?

Anda akan dimaklumkan, dan pilihan untuk barangan alternatif atau bayaran balik akan ditawarkan, di Kedai PERNAMA.

1.6 CIRI-CIRI PEMBELIAN

Bolehkah saya membeli dari beberapa cawangan Kedai PERNAMA dalam satu pesanan?

Tidak. Setiap pesanan perlu dibuat mengikut cawangan. Anda perlu menyelesaikan satu pesanan sebelum memulakan yang baharu di lokasi lain.

Bagaimana saya tahu barangan mana yang tersedia di cawangan Kedai PERNAMA pilihan saya?

Sebaik sahaja anda memilih cawangan yang diingini, senarai produk akan ditapis secara automatik untuk memaparkan hanya barangan yang tersedia di lokasi tersebut.

Bolehkah saya mengemas kini atau membatalkan pesanan selepas membuatnya?

Ya, tetapi hanya dalam tempoh masa yang terhad. Anda boleh mengubah atau membatalkan pesanan sebelum ia diproses oleh cawangan. Semak halaman Status Pesanan untuk pilihan yang tersedia.

2. KATEGORI: BERITA

2.1 BERITA

Bagaimana saya boleh akses Berita Terkini dalam aplikasi?

Tekan ikon BERITA untuk melihat pengumuman dan maklumat rasmi.

Bolehkah saya menghantar maklum balas terhadap mesej Berita?

Tidak secara langsung. Ciri ini adalah untuk komunikasi sehala bagi tujuan penyampaian maklumat sahaja.

Bolehkah saya mematikan notifikasi untuk siaran Berita?

Ya, anda boleh menyesuaikan tetapan notifikasi dalam bahagian tetapan aplikasi.

2.2 BERITA & KEMAS KINI

Di manakah saya boleh mendapatkan info terkini dari Menteri dan Pengurusan Tertinggi MINDEF?

Anda boleh membacanya di Ruang Berita dalam aplikasi, di bawah bahagian Berita Terkini.

Adakah berita dalam BERITA disahkan dan rasmi?

Ya, semua berita dan pengumuman dikurasi serta diterbitkan oleh Kementerian Pertahanan atau wakil yang dilantik secara rasmi.

Seberapa kerap berita akan dikemas kini?

Ia dikemas kini secara berkala dengan perubahan dasar, pengumuman dan acara penting.

Bolehkah saya mencari artikel berita terdahulu dalam aplikasi?

Ya, tetapi artikel lama hanya disimpan untuk tempoh tertentu dalam Ruang Berita.