{"id":530,"date":"2025-07-25T17:16:40","date_gmt":"2025-07-25T09:16:40","guid":{"rendered":"https:\/\/www.perwira.com.my\/?p=530"},"modified":"2025-11-25T11:00:20","modified_gmt":"2025-11-25T03:00:20","slug":"perwira-super-app-percepat-transformasi-warga-mindef-ke-arah-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/perwira-super-app-percepat-transformasi-warga-mindef-ke-arah-digital\/","title":{"rendered":"PERWIRA Super App Percepat Transformasi Warga MINDEF ke Arah Digital"},"content":{"rendered":"<div id=\"attachment_531\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-531\" class=\"wp-image-531 size-full\" src=\"https:\/\/www.perwira.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/pra-peluncuran-perwira-super-app-utusan-tv.webp\" alt=\"Pelancaran PERWIRA Super App\" width=\"1000\" height=\"633\" srcset=\"https:\/\/www.perwira.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/pra-peluncuran-perwira-super-app-utusan-tv.webp 1000w, https:\/\/www.perwira.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/pra-peluncuran-perwira-super-app-utusan-tv-300x190.webp 300w, https:\/\/www.perwira.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/pra-peluncuran-perwira-super-app-utusan-tv-768x486.webp 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-531\" class=\"wp-caption-text\">Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Pengerusi PERNAMA, Jen Tan Sri (Dr) Abdul Aziz Zainal melancarkan Pra Peluncuran Perwira Super App sambil diperhatikan oleh Timbalannya, Adly Zahari (dua dari kanan) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (dua dari kiri) pada Majlis Berbuka Menteri Pertahanan Bersama Media di Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid<\/p><\/div>\n<p>KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) memperkenalkan PERWIRA Super App yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepat transformasi masyarakat MINDEF ke arah digital dengan ciri keselamatan canggih, cekap, selamat dan mesra pengguna.<\/p>\n<p>Aplikasi yang dibangunkan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Network dengan kerjasama Mastercard International itu bakal memberi manfaat kepada komuniti ketenteraan dalam bidang ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cAplikasi ini akan memberi manfaat kepada komuniti ketenteraan dalam bidang ekonomi dengan menjanjikan transformasi digital khusus kepada warga pertahanan dan veteran serta semua anak syarikat di bawah seliaan MINDEF.<\/p>\n<p>\u201cAntara fungsi yang disediakan melalui aplikasi ini adalah Perkhidmatan Kewangan, E-Marketplace, diskaun eksklusif dan ganjaran kesetiaan, Government Connect Module, mengintegrasikan ciri kesihatan dan kesejahteraan serta hab e-Learning,\u201d kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa Kementerian Pertahanan bersama pengamal media di Hotel Royale Chulan, semalam.<\/p>\n<p>Seramai kira-kira 300 pengamal media diraikan dalam majlis tersebut.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberitahu, fungsi perkhidmatan kewangan yang diperkenal dalam aplikasi tersebut akan membolehkan pengguna menyemak status terkini gaji, dompet digital yang selamat, pembayaran bil dan analisis kewangan bagi meningkatkan literasi kewangan serta kesejahteraan pengguna.<\/p>\n<p>Katanya, fungsi E-Marketplace pula akan membolehkan komuniti MINDEF membuat pembelian dalam talian di e-Marketplace dan PERNAMA Online Store.<\/p>\n<p>\u201cPengguna juga akan mendapat diskaun eksklusif dan hadiah kesetiaan apabila menggunakan aplikasi tersebut dengan setiap pembelian melayakkan pengguna mengumpul mata seterusnya boleh ditebus untuk ganjaran istimewa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis yang sama, Mohamed Khaled turut meluncurkan Inisiatif Program JanaVeteran yang melibatkan kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).<\/p>\n<p>Program yang meliputi dua usaha utama iaitu program tanaman halia dan cili fertigasi serta program usahawan tani veteran itu merupakan usaha bagi membantu golongan veteran ATM menjana pendapatan stabil dengan menceburi bidang pertanian.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/utusantv.com\/2025\/03\/26\/perwira-super-app-percepat-transformasi-warga-mindef-ke-arah-digital\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Utusan TV<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) memperkenalkan PERWIRA Super App yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepat transformasi masyarakat MINDEF ke arah digital dengan ciri keselamatan canggih, cekap, selamat dan mesra pengguna. Aplikasi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":517,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":{"0":"post-530","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-maklumat-terkini"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=530"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1008,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/530\/revisions\/1008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/517"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.perwira.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}