Skip to main content

Kompleks Mutiara PERNAMA, Pangkalan Udara Subang, 13 Mac 2026 – PERWIRA telah menganjurkan Mini Raya Cabutan Bertuah PERWIRA 2026 sebagai tanda penghargaan kepada pengguna awal yang telah mendaftar aplikasi PERWIRA dalam tempoh 20 September hingga 31 Oktober 2025. Inisiatif ini diadakan sebagai usaha menghargai sokongan para pengguna serta menyemarakkan sambutan Hari Raya dengan lebih bermakna melalui pemberian hadiah kepada para pemenang bertuah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Komander Pangkalan TUDM Subang, Yusri Jamari, bersama Pengurus Besar PERNAMA, Mat Rostam Mat Abas, Penolong Pengurus Besar I, Sayed Ali B Cazi Mohd, serta Ketua Pegawai Eksekutif PERNAMA Network, Mohd Zaini Khalid, yang turut berperanan sebagai pencabut nombor bertuah bagi cabutan tersebut.

Penganjuran Mini Raya Cabutan Bertuah PERWIRA ini mencerminkan komitmen PERWIRA dalam menghargai kesetiaan pengguna serta terus menawarkan pelbagai inisiatif dan ganjaran menarik kepada komuniti pengguna pada masa akan datang.✨

Bagi melihat senarai pemenang Mini Raya Cabutan Bertuah PERWIRA 2026, sila klik pautan ini. Tahniah kepada semua pemenang!