Skip to main content

Petaling Jaya, 16 Februari 2026 – Majlis Peluncuran Portal Rasmi Askar Wataniah bersama kerjasama PERWIRA Super App telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin, serta diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pernama Network, Tuan Haji Zaini bin Khalid.

Selain itu, PERWIRA Super App turut diperkasakan dengan penambahan kategori Pasukan Simpanan yang membolehkan anggota mendaftar secara terus melalui aplikasi.

Ahli yang berdaftar juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun khas daripada Kedai PERNAMA untuk warga pertahanan.

Semoga aplikasi PERWIRA Super App terus maju dan berkembang dalam memperkasa serta membantu komuniti pertahanan negara.