
Shah Alam, 6 November 2025 – Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Selangor 2025, anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam dengan jayanya.
Pingat Jasa Malaysia (PJM) merupakan pengiktirafan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia atas keberanian, jasa, dan pengorbanan mereka semasa bertugas, khususnya sepanjang zaman Darurat dan operasi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Acara ini turut mendapat sambutan hangat daripada para veteran dan keluarga yang hadir, termasuk pendaftaran PERWIRA Super App di reruai sepanjang majlis berlangsung. Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua veteran atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada tanah air.
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun PERWIRA Super App bagi mendapatkan tiket cabutan bertuah sehingga 31 Disember 2025, dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM200,000.

