1. DEFINASI
1.1 Modul Pendaftaran dan Log Masuk Pengguna
Modul Pendaftaran dan Log Masuk Pengguna memastikan pengalaman permulaan aplikasi yang lancar, selamat dan mesra pengguna. Pengguna baharu akan dibimbing melalui proses pendaftaran yang intuitif, yang menonjolkan ciri utama aplikasi, modul- modul berkaitan, serta faedah kepada komuniti. Direka untuk mudah diakses dan cekap, proses pendaftan ini merangkumi penciptaan akaun, pengesahan identiti, serta penyesuaian keutamaan pengguna bagi memastikan pengalaman aplikasi disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan individu.
1.2 DOMPET: Hab Kewangan Digital
DOMPET, adalah Hab Kewangan Digital yang komprehensif dan selamat. Hab ini memberi kuasa kepada pengguna untuk mengakses pelbagai instrumen dan sumber kewangan secara lancar. Daripada mengurus akaun peribadi dan membuat bayaran selamat kepada peningkatan pengurusan kewangan. DOMPET berfungsi sebagai ekosistem pusat untuk keperluan kewangan. Ia disesuaikan untuk memenuhi keperluan komuniti dengan penekanan terhadap pemerkasaan kewangan, kemudahan, dan ketenangan fikiran.
1.3 BERITA: Hab Komunikasi & Maklumat Terkini
BERITA ialah hab komunikasi eksklusif dan berprofil tinggi yang direka untuk merapatkan jurang antara Menteri Pertahanan dan pengurusan tertinggi dengan Warga Kerja Pertahanan. Ia memudahkan penyebaran maklumat rasmi seperti pengumuman dan dasar secara tepat dan pantas. BERITA merupakan saluran maklumat komunikasi yang menggalakkan ketelusan, kepercayaan, dan hubungan institusi yang kukuh — memastikan maklumat penting sampai kepada komuniti, boleh dipercayai.
1.4 MALL: Hab Pembelian Atas Talian
Hab Pembelian Atas Talian eksklusif, MALL, menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan berkualiti daripada PERNAMA dan peniaga yang dipercayai pada harga kompetitif dan diskaun khas. Direka untuk kemudahan pengguna, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar merangkumi keperluan asas dan barangan khas. Dengan promosi berorientasikan nilai dan sokongan terhadap peniaga terpilih, MALL mengukuhkan kuasa beli komuniti serta menyokong perdagangan digital yang mampan.
1.5 BONUS: Hab Ganjaran & Kesetiaan
BONUS direkacipta untuk menghargai penglibatan pengguna dalam ekosistem aplikasi. Pengguna boleh memperoleh mata ganjaran, lencana dan keistimewaan eksklusif melalui aktiviti seperti transaksi, penyempurnaan latihan, pencapaian kesihatan, dan interaksi komuniti. Kemajuan ganjaran boleh dijejaki melalui papan pemuka peribadi, dan mata boleh ditebus untuk diskaun, produk, atau perkhidmatan khas dalam MALL. Tahap keahlian berperingkat turut menawarkan insentif tambahan bagi penglibatan dan kesetiaan yang berterusan.
1.6 AKADEMI: Hab Pebelajaran Digital
AKADEMI menawarkan persekitaran pembelajaran digital dinamik yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional. Dengan akses fleksibel dan atas permintaan kepada modul latihan, video pengajaran dan sumber pendidikan, hab ini memperkasakan pengguna — khususnya veteran yang bersedia untuk persaraan — dengan ilmu pengetahuan merentasi pelbagai bidang. Tidak ketinggalan, pelajar dan kanak-kanak juga dapat memanfaatkan kandungan interaktif serta bahan pembelajaran kreatif yang membantu meningkatkan prestasi akademik dan membina asas pengetahuan kukuh. Sama ada untuk peningkatan kemahiran, kepimpinan, pembangunan peribadi, atau pendidikan anak-anak, AKADEMI memupuk budaya pembelajaran berterusan.
1.7 KASIH: Hab Kesihatan & Kesejahteraan
KASIH merupakan hab yang menumpukan secara holistik kepada kesihatan fizikal, mental, dan emosi. Hab ini menawarkan alat pemantauan kesihatan, program kecergasan, panduan peribadi, sumber kesihatan mental dan tip gaya hidup. KASIH juga menggabungkan kemudahan saringan kesihatan dengan teknologi kecerdasan buatan (A.I.), yang diiktiraf, yang mampu memberikan keputusan serta merta. Dengan integrasi fasiliti kesihatan ketenteraan dan ciri penjejakan kesihatan mesra pengguna, KASIH menggalakkan pengurusan kesihatan secara proaktif dan menyokong gaya hidup yang seimbang dan sihat untuk Warga Kerja Pertahanan, komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan ahli keluarga.