Skip to main content

15 Oktober 2026 | Melaka

Terima kasih atas kunjungan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, ke Kedai PERNAMA di Kem Terendak, Melaka, bagi melihat pengalaman pembelian digital melalui PERWIRA Super App.

Lawatan ini memberi peluang untuk memperkenalkan kemudahan pembelian dalam talian melalui PERWIRA Super App serta Hab Berita sebagai saluran komunikasi tambahan untuk menyampaikan maklumat dan pengumuman kepada warga kerja pertahanan.

PERWIRA komited untuk terus menambah baik pengalaman pengguna serta memperluas kemudahan digital demi memberikan perkhidmatan yang lebih mudah, pantas dan mesra pengguna.

Nantikan ciri-ciri baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi!

PERWIRA Super App — Kedai PERNAMA, Kini Lebih Dekat.

#PERWIRA #PERWIRASuperApp #PERNAMA #KementerianPertahanan #TransformasiDigital