Skip to main content

Kuantan, 21 September 2025 – Majlis Pengenalan dan Pengaktifan PERWIRA Super App yang berlangsung pada 20 hingga 21 September di Karnival CIMIC, Kuantan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Acara ini menyaksikan kehadiran ramai pengunjung yang turut mendaftar aplikasi PERWIRA di lokasi.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyokong majlis ini. Diharapkan aplikasi PERWIRA akan terus memberikan manfaat dan kemudahan kepada Warga Kerja Pertahanan Malaysia, komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), serta ahli keluarga mereka.

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun PERWIRA Super App sekarang dan menerima 2 tiket cabutan bertuah bagi pendaftaran dalam dua minggu pertama. Peluang untuk memenangi hadiah menarik berjumlah RM200,000 menanti para pengguna!